Friday 23 October 2015

Ahli Parlimen PAS Ambil Sikap Berkecuali #Bajet2016.

Kelompok Ahli Parlimen PAS tidak memegang plakad RM2.6 billion

Pembentangan belanjawan 2016 yang dibuat oleh YAB Pekan hari ini telah mendapat perhatian oleh kebanyakan pihak. Banyak persoalan yang telah terjawab khususnya elemen GST yang selama ini menjadi isu hangat dalam politik negara.

GST dilihat menjadi faktor penyelamat kepada belanjawan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil apabila kebanyakan harga komoditi negara mengalami kejatuhan beserta nilai matawang negara yang jatuh.

Namun, pengumuman belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh YAB Pekan tidak menggambarkan yang negara Malaysia diambang muflis seperti mana yang telah dihebohkan oleh pihak pembangkang selama ini.

Langkah kerajaan melaksanakan GST pada awal tahun 2015 dilihat satu tindakan yang pro aktif dalam memastikan Malaysia berjaya mengurus ekonomi dalam keadaan ekonomi negara-negara asean sedang diambang kemelesatan.

Sesi pembentangan belanjawan hari ini berjalan sempurna pada peringkat awal namun diakhir sesi pihak pembangkang berdiri secara beramai-ramai sambil memegang plakad yang tertulis "Mana RM2.6 Billion?". Namun tindakan tersebut tidak disertai oleh ahli parlimen PAS.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment