Thursday 29 October 2015

CEO 1MDB Terima Cabaran Debat Dengan Tony Pua.

ARUL_KANDA_REUTERS_PRESIDENT_1MDB_070115

Lain pula jadi ceritanya… kita mahu mencabar Tony Pua berdebat di atas pentas terbuka, ini dia pula yang mahu menjadi hos dan memberikan soalan keada CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy umpama Arul Kanda menghadapnya.

Bagaimanapun, Arul Kanda yang tidak mahu menyembunyikan apa-apa tanpa menunggu lama terus menerima cabaran itu dan bersedia menjawab apa sahaja soalan yang bakal ditujukan kepadanya oleh Tony.

“YB Tony Pua mencabar saya pagi ini untuk satu siaran langsung ‘talk show’, dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan tidak sabar untuk menjawab soalan beliau,” kata Arul dalam satu kenyataan media hari ini.

Ingat Arul Kanda tak pandai, dia meletakkan syarat kepada Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara untuk meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dahulu untuk elak sebarang masalah lain.

Kalau dibuat debat berkenaan dengan status Tony masih ahli PAC, nanti nampaknya seperti Tony membelakangkang ahli PAC yang lain khususnya Pengerusinya Datuk Hassan Ariffin.

“Umum mengetahui Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.

Tony dalam satu temubual bersama stesen televisyen Bernama TV semalam, memperlekehkan Arul Kanda dengan tuduhan mengulang semula jawapan yang pernah diberikan sebelum ini.

Menurutnya, beliau akan menjadi hos debat itu dan memberikan Arul apa sahaja peluang dan sebanyak mana masa yang dia perlu untuk menjawab soalan-soalan berkenaan.

“Bagaimanapun, saya, seperti biasa, sanggup dibuktikan salah.
“Malah, saya tidak akan berdendam jika dia berjaya memalukan saya dengan menunjukkan bukti yang menyangkal dakwaan saya.
“Persoalannya ialah, dia akan mempunyai keberanian untuk menerima cabaran itu?” katanya.

Dalam satu jawapan segera, Arul bersetuju untuk cabaran.
“Saya dengan ini menerima cabaran beliau dan berharap untuk menjawab soalan-soalan tersebut,” kata beliau.
“Bagaimanapun untuk berbuat demikian, YB Tony Pua tidak boleh menjadi hakim, juri dan algojo.

“Oleh itu, saya percaya beliau akan mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC dalam usaha kita untuk, meminjam kata-katanya sendiri, mengadakan perbincangan secara terbuka tanpa berselindung,” kata Arul Kanda.

– PRU14.tv
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment