Friday 30 October 2015

Hampir 3,000 Bekas Kakitangan MAS Daftar CDC.

30 OKT: Seramai 2,981 daripada 4,000 bekas kakitangan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mendaftar dengan Pusat Pembangunan Korporat (CDC) sehingga 16 Oktober.
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) berkata daripada jumlah itu, 950 orang menamatkan latihan di CDC melibatkan 271 individu menerima pekerjaan baharu, 630 orang memilih menjalankan perniagaan sendiri manakala 49 lagi memilih untuk bersara.
cdc MAS
“Sebanyak 99 orang pula menarik diri daripada menjalani latihan di CDC tanpa sebarang sebab menjadikan jumlah keseluruhan yang masih menganggur adalah 1,932 orang,” menurut kenyataan itu kepada soalan berhubung jumlah bekas kakitangan MAS yang menganggur dan usaha kerajaan membantu mereka mendapat pekerjaan semula.

Menurut kenyataan kementerian itu, angka tersebut tidak termasuk baki 1,019 daripada jumlah keseluruhan (4,000) bekas kakitangan MAS yang tidak berdaftar dengan CDC dan tiada maklumat berhubung status pekerjaan mereka yang diperoleh sehingga kini.
CDC merupakan sebuah pusat latihan yang ditubuhkan Khazanah Nasional Berhad pada 1 Jun lepas untuk membantu pekerja MAS yang terjejas akibat penyesuaian saiz tenaga kerja Malaysia Airport Berhad.
Antara yang ditawarkan CDC meliputi penempatan percuma dan perkhidmatan latihan, kaunseling kerjaya, keusahawanan, perancangan persaraan serta penempatan.
 Setakat ini CDC menganjurkan hari kerjaya dan temu duga kerja dengan lebih 70 majikan yang berpotensi dan telah menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan termasuk dalam sektor berkaitan penerbangan, hospitaliti dan industry proses perniagaan penyumberan luar,” menurut kementerian itu.

-BNBBC
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment